PERASMIAN ULUNG KALI KOLEJ BH

Sunday, August 15, 2010

Perasmian ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penghuni KOLEJ BH terutamanya serta ucapan tahniah dan syabas kerana menjayakan perasmian ini kepada ahli perwakilan MAJLIS RESIDEN BH.
thx guys...lain kali punyer aktiviti kitaorg ajak,jgn luper join k..:)








PERTANDINGAN LANSKAP PERINGKAT ANTARA KOLEJ 2010/2011

Saturday, August 14, 2010







TEMPAT: Sekitar kawasan kolej masing-masing
TARIKH: 31 julai 2010

Suatu pertandingan lanskap anjuran MAJLIS RESIDEN telah dilaksanakan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah bakat para siswa dan siswi selain mencantikkan kawasan kediaman dan kolej masing-masing. Aktiviti ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Sukacita juga dikhbarkan bahawasanya,Kolej Burhanuddin Al-Helmi juga telah berjaya mendapat tempat ke-4 dari 8 buah kolej yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang mengambil bahagian.

PERJUMPAAN KALI PERTAMA 2010/2011





Pada 22 julai yang lalu,suatu majlis perjumpaan antara semua ahli perwakilan Majlis Residen telah dilaksanakan bertempat di Dewan Senat pada pukul 8 malam.Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberikan sedikit informasi berguna tentang 'CIRI-CIRI KEPIMPINAN' yang berjaya.Program ini telah berjalan lancar dengan sebaiknya.Kebanyakan ahli perwakilan Majlis Residen memberikan kerjasama terhadap aktiviti yang dijalankan walaupun kesempitan masa.Diharapkan semua ahli perwakilan Majlis Residen akan melakukan yang terbaik dalam tugasan mereka agar Majlis Residen dapat menjadi sebuah organisasi yang utuh dan saling bekerjasama di masa akan datang.